top of page
nabalunews

Program Santuni MADANI manfaatkan penduduk Kampung Putaton, Penampang

17 Disember 2024


PENAMPANG: Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) yang bertujuan untuk meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung berkenaan telah diadakan di Kampung Putaton, Penampang Ahad lalu.


Program ini dirasmikan oleh Pengerusi, SME Corp. Malaysia Tan Sri Bernard Giluk Dompok.


Kampung Putaton adalah kampung kelahiran Tan Sri Bernard.


Di antara pengisian program yang telah dilaksanakan termasuk aktiviti membaik pulih infrastruktur di sekitar Kampung Putaton, taklimat asas keusahawanan oleh Alumni TUBE Sabah (PANTAS) serta penyerahan sumbangan kepada murid sekolah rendah dari Kampung Putaton.


Sumbangan berupa barangan keperluan sekolah seperti beg sekolah, alat tulis, botol minuman serta bekas makanan disampaikan oleh Tan Sri Bernard kepada 87 murid sekolah rendah daripada Kampung Putaton.


Turut hadir pada majlis perasmian adalah Ketua Kampung Putaton, Jane Dompok, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Putaton, Linda Gabriel dan Pengerusi JKKK, Kampung Kibambangan, Edward Kubot.

Comments


bottom of page