top of page

Program We Care Marudu Terus Bantu Komuniti Memerlukan

nabalunews

8 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Program We Care Marudu, anjuran Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu, terus menunjukkan komitmen dalam membantu komuniti yang memerlukan di daerah ini.


Terbaru, Setiausaha Bahagian, Jomius Bisara, bersama Ketua Wanita Norisah Mogintal, tampil menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Sunogeji Uvok, Kampung Penampatan Kiopu, Matunggong.


Sumbangan untuk kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) disampaikan bagi pihak Ketua Bahagian, Jamil Majingkin.


Menurut Jamil, sumbangan berkenaan adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Bank Rakyat (YBR) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.


Katanya, langkah itu bertujuan untuk memberikan bantuan langsung kepada golongan yang kurang bernasib baik, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dalam masyarakat.


“Ini adalah kesinambungan daripada usaha dan inisiatif berterusan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.


“Program ini juga selari dengan dasar pandang ke timur dalam negara, yang memberi penekanan kepada pembangunan rakyat Sabah dan Sarawak secara menyeluruh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Jamil berkata, inisiatif ini juga membuktikan kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi kewangan mampu memberikan impak besar kepada masyarakat.


Katanya, UPKO Kota Marudu berhasrat untuk meneruskan Program We Care Marudu dengan lebih banyak bantuan yang menyasarkan golongan memerlukan.


“Ia termasuk warga emas dan keluarga berpendapatan rendah kerana program sebegini bukan saja meringankan beban individu dan keluarga, tetapi juga mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti.


“Dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak, lebih ramai penduduk di Kota Marudu akan mendapat manfaat daripada program kebajikan ini,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page