top of page

PROJEK JAMBATAN SUNGAI PADAS TENOM MASIH BELUM BERMULA

nabalunews

8 JAN 2021


By Wartawan Nabalu News


TENOM: Projek menggantikan Jambatan Sungai Padas Tenom (KM 164.03) yang sepatutnya bermula pada 18 Jun 2020 oleh Kerajaan Persekutuan sehingga ke hari ini tiada menunjukkan pembinaan sedang bermula kecuali dua buah papan tanda JKR sahaja terpacak berhampiran stesen minyak Petron jalan Amboi dan di bulatan jalan dekat kedai Orchard Plaza.


Jambatan baharu ini adalah menggantikan jambatan sungai Padas di Tenom lama kerana telah uzur dan tidak selamat digunakan terutamanya kenderaan berat.


Setiausaha DAP Cawangan Pekan Kemabong dan juga Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Sabah, Yiska Lassan ketika ditemui kelmarin berkata, sepatutnya kerja-kerja pembinaan jambatan baharu ini sudah dimulakan seperti yang tertera di papan tanda JKR itu dan dijangka siap pada 17 Jun 2022, namun seringkali pandu lalu di kawasan tersebut sunyi sepi sahaja.


Menurutnya jambatan sungai Padas yang sedia ada merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk di kawasan Kemabong ke Pekan Tenom memerlukan perlaksanaan pembinaan jambatan baharu disegerakan.


“Baru-baru ini tular di media sosial tentang salah satu palang besi di atas jambatan sungai padas di Tenom Lama itu hampir tertanggal dan ini membahayakan keselamatan para pengguna tetapi sudah dibaikilah, isunya disini sampai bila kerajaan mengambil ringan akan perkara ini dengan memperlambatkan kerja-kerja pembinaan jambatan baharu, saya mendesak agar kerajaan sekarang ini mengambil tindakan segera,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Comments


bottom of page