top of page
  • nabalunews

Projek Kebun Komuniti di Kampung Tinata, Kadamaian, Kota Belud membuahkan hasil


5 September 2024


KOTA BELUD: Projek kebun komuniti di Kampung Tinata, Kadamaian, Kota Belud bagi penanaman lada berjaya menghasilkan 5 produk berasaskan cili yang mampu menjana pendapatan purata sebanyak RM700 hingga RM800 sebulan kepada pesertanya.


Ini adalah pencapaian yang membanggakan kerana ia menunjukkan bahawa projek ini mampu memberikan impak positif terhadap ekonomi peserta.


Lawatan ke 10 kebun yang diusahakan setiap peserta ini diketuai Pegawai Pemantau, Vianney Evanna (Penyelaras Wilayah APPGM Sabah) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia dan turut dihadiri Hadlee Panchai selaku pengurus projek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinata, Kadamaian, Kota Belud.


Lawatan ini melibatkan pemeriksaan terhadap setiap kebun yang diusahakan oleh peserta projek.


Setiap peserta telah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam usaha pertanian mereka, dengan kebun-kebun yang terjaga rapi dan produktif.


Melalui projek kebun komuniti ini, peserta berjaya menjana pendapatan purata sebanyak RM700 hingga RM800 sebulan.


Ini adalah pencapaian yang membanggakan kerana ia menunjukkan bahawa projek ini mampu memberikan impak positif terhadap ekonomi peserta.


Peserta projek kebun komuniti berjaya menghasilkan 5 produk berasaskan cili yang telah dipasarkan.


Produk-produk tersebut adalah Cili Blender, Sambal Cili Bambangan, Sambal Cili Nenas, Sambal Cili Petai dan Sambal Cili Tuhau.


Produk-produk ini bukan sahaja menambah nilai kepada hasil tani mereka tetapi juga membuka peluang untuk memperluaskan pasaran mereka, seterusnya meningkatkan pendapatan.


Projek kebun komuniti ini merupakan antara inisiatif yang berjaya membantu komuniti di Kampung Tinata keluar dari kepompong kemiskinan.


Dengan pendapatan yang stabil dan kemahiran baru dalam penghasilan produk, peserta projek kini mempunyai peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.


Lawatan dan pemantauan ini bukan sahaja menilai kemajuan projek tetapi juga memperkukuhkan semangat peserta untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar dalam bidang pertanian dan keusahawanan.

Comments


bottom of page