top of page
nabalunews

Projek Pertahanan di Sabah bernilai RM234.5 juta, perlu dilaksanakan tanpa kelewatan


12 November 2024


PUTATAN: Semua projek pembangunan dalam sektor pertahanan di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM234.5 juta, perlu dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan kementeriannya akan meneruskan semua projek pembangunan dalam sektor pertahanan di Sabah yang dimulakan dan sedang berjalan.


Beliau berkata, projek dengan peruntukan RM234.5 juta itu membabitkan pembangunan Kem Tentera Darat di Felda Sahabat, Lahad Datu dan pembinaan Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kota Belud.


"Selain itu, tahun depan juga banyak pembangunan dan projek pertahanan baharu di Sabah akan dijalankan dengan peruntukan berjumlah RM37.6 juta," katanya.


Ini termasuk pembangunan Pos Serudong dan Pos Bantul, pembangunan kemudahan kesihatan angkatan tentera di Kem Lok Kawi dan pembinaan bangunan kompleks Pusat Operasi Perisikan Medan (POPM) Zon Sabah.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2024 Angkatan Tentera di Balai Cerap Al-Biruni di sini pada Ahad.

Comments


bottom of page