PROJEK RINTIS WBB DIBATALKAN
24 Januari 2025
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk memberi laluan kepada kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas mengambil kira segala pertimbangan.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Abu Bakar Suleiman.
“Terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.
“KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Comments