Proton Preve termasuk longkang, pemandu cedera
4 Februari 2025
BEAUFORT: Seorang lelaki berusia 57 tahun cedera ringan selepas kereta jenis Proton Preve yang dipandunya terbabas sendiri dan masuk ke dalam longkang di Beaufort Jaya, tengah hari tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.30 pagi sebelum sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort tiba di lokasi empat minit kemudian.
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.
Operasi ditamatkan setelah pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
Turut hadir dalam operasi adalah anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Comments