top of page
nabalunews

Proton Saga rempuh masuk RHB Bank


29 Disember 2024 


TAWAU: Seorang lelaki tempatan, 25, yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk merempuh pintu kaca RHB Bank lalu termasuk ke dalam premis itu dalam kejadian di Jalan Mahkamah sekitar jam 5 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu turut melanggar lima kenderaan awam yang sedang parkir sehingga menyebabkan kerosakan kecil.


"Pemandu kereta itu kini ditahan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020),"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, polis menerima makluman kejadian tersebut pada jam 5.15 pagi apabila kenderaan dipandu lelaki tersebut dipercayai  hilang kawalan lalu terbabas melanggar kenderaan lain dan pintu kaca RHB Bank.


"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tanjung Batu dari bandar Tawau,"katanya.


Jasmin berkata, semakan lanjut pihaknya kemudiannya mendapati lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan harta benda.


Tambahnya, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan, namun, lima kenderaan lain yang dilanggar lelaki berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan kecil.


Rakaman video kejadian berdurasi 0.08 saat tular di media sosial yang memaparkan Proton Saga tersebut masih berada di dalam RHB Bank.


Comments


bottom of page