PRU15: Tarikh mengundi 19 November
20 Oktober 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Perkara itu diumumkan menerusi satu sidang media khas oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada Khamis (hari ini).
Dalam pada itu, SPR juga mengumumkan tarikh hari penamaan calon pada 5 November dan tarikh pengundian awal pada 15 November.
Tambah beliau, tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.
Sementara itu, Abdul Ghani turut mengumumkan pilihan raya negeri bagi Perlis, Perak dan Pahang juga akan diadakan serentak dengan PRU15.
Tarikh penamaan calon, pengundian awal dan pengundian bagi tiga pilihan raya negeri adalah sama dengan pilihan raya umum.
PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.
Bình luận