Pusat Khidmat ADUN Kadamaian bantu mangsa ribut di Kg Piasau
10 Oktober 2024
KOTA BELUD: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian komited untuk terus membantu dan memberikan sokongan kepada komuniti dalam apa jua cara yang diperlukan.
Ini termasuklah inisiatif dan usaha berterusan untuk meringankan beban penduduk setempat yang terkesan akibat bencana alam, serta memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjaga.
Pemberian bantuan ini mencerminkan keprihatinan wakil rakyat terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk, khususnya dalam keadaan-keadaan kecemasan seperti bencana alam.
Semalam pada 9 Oktober, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Juin Kolod dari Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian telah menyampaikan sumbangan berupa zink kepada seorang penduduk Kampung Piasau, Kadamaian, Duini Sipang yang terjejas akibat bencana angin kuat yang berlaku pada 20 Julai lalu.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu memperbaiki atap rumah Duini yang rosak akibat kejadian tersebut.
Comentários