top of page
Wartawan Nabalu News

Pusat Khidmat Adun Kadamaian hadiri gotong royong di Kg.Lasau Podi


16 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pusat Khidmat Adun Kadamaian bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Datuk Ewon Benedick, menyerahkan sumbangan dan menghadiri program gotong-royong komuniti memasang culvet dan membaiki jalan perhubungan dan pertanian di kg. Lasau Podi.

Sumbangan tersebut adalah sebagai sokongan kepada penganjuran gotong-royong, yang tertunda pelaksanaan berikutan pelaksanaan PKP 3.0, bagi menyelesaikan keperluan dan kemudahan mendesak penduduk kampung terlibat.


Semoga usaha seperti kerjasama gotong-royong tersebut dapat memupuk kesatuan dan perpaduan komuniti dalam menangani cabaran pasca Covid-19.

Selain itu mereka juga mewakili Ewon menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada beberapa ketua isi rumah (KIR) di Kg Telungan yang dikuarantin wajib oleh KKM.


Bantuan diterima oleh Pengerusi JPKK kampung tersebut. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban pada mereka yang terlibat.

댓글


bottom of page