Pusat Khidmat ADUN Kadamaian salur sumbangan pendidikan kepada dua pelajar
21 Januari 2025
KOTA BELUD: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian sampaikan sumbangan melanjutkan pelajaran kepada dua pelajar.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat(UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Salah seorang penerima, Chrysthe Lianu dari Kampung Gensurai, Kota Belud, menyatakan rasa syukurnya atas sumbangan yang diterima.
Beliau menjelaskan bahawa sumbangan itu akan digunakan untuk membantu pengurusan pengajian beliau di SIDMA College. Chrysthe kini sedang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Selain itu, seorang lagi penerima sumbangan, Salmanezer Asyera Lianu, yang juga merupakan adik kepada Chrysthe, yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor, turut menerima sumbangan tersebut yang turut diwakili oleh Chrysthe.
Comments