top of page
  • nabalunews

Pusat Khidmat ADUN Kadamaian sampaikan sumbangan

14 September 2024


KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian hari ini menyampaikan sumbangan kepada beberapa individu di kawasan Kadamaian melalui program sentuhan masyarakat yang bertujuan membantu penduduk dalam pelbagai aspek, seperti bantuan takziah dan kelahiran.


Semua sumbangan disampaikan oleh kakitangan Pusat Khidmat Adun N11 Kadamaian, Syineem Ipin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Bagi touchpoint takziah, sumbangan disampaikan kepada Toisin Melid melalui Sikong Dalansu sebagai bantuan takziah.


Bagi perbelanjaan, Azim Sambilang menerima sumbangan untuk menampung perbelanjaannya ke Sukan PRASUKMA di Sarawak. Zubaidah Mandai dari Kampung Lompios menerima sumbangan tersebut bagi pihak Azim.


Bagi touchpoint kelahiran, sumbangan disampaikan kepada Ardiel Rexcy Arlyson dari Kampung Melangkap Nariou sebagai bantuan kelahiran.


Hally Praisely Rosson dari Kampung Nahaba turut menerima sumbangan untuk kelahiran.


Ellena Eve Lundu Rony dari Kampung Nahaba juga menerima sumbangan kelahiran.


Manakala Lampakot Taka dari Kampung Nahaba menerima sumbangan bantuan takziah.


Program ini menunjukkan keprihatinan ADUN Kadamaian dalam membantu penduduk di kawasannya, baik dalam urusan yang melibatkan kegembiraan seperti kelahiran, mahupun dalam waktu kedukaan seperti kematian.

Comentarios


bottom of page