top of page

Pusat Khidmat ADUN Kadamaian serah sumbangan sokong PPKS anjur program kesedaran kanser

nabalunews



17 Januari 2025


KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah memberi sumbangan kepada Persatuan Pencegah Kanser Sabah (PPKS) untuk program kesedaran kanser yang bakal berlangsung di daerah ini.


Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil bagi pihak Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, kepada Bendahari PPKS, Baitah Lambuduh.


Menurut Baitah, sumbangan tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk penganjuran Program Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025, yang dijadualkan berlangsung pada 8 Feb di Dataran Padang Kota Belud.


Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser dan pentingnya pengesanan awal penyakit tersebut.


“Kami amat berterima kasih kepada Ewon atas sokongan ini. Sumbangan beliau bukan sahaja membantu menjayakan program tetapi juga menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kesihatan rakyat,” ujar Baitah.


Clarence menegaskan, seperti mana yang Ewon sering perjelaskan, kesihatan masyarakat adalah keutamaan yang tidak boleh diabaikan.


Program seperti ini memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat, sokongan, dan pemeriksaan awal bagi mencegah penyakit kanser.


“Kita perlu sentiasa menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah masyarakat, dan kesihatan adalah satu elemen penting dalam kesejahteraan rakyat,” tambah beliau.


Sambutan Hari Kanser Sedunia ini dijangka akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk ceramah kesihatan, pemeriksaan percuma, serta perkongsian pengalaman daripada individu yang berjaya melawan penyakit kanser.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page