top of page
nabalunews

Pusat Khidmat ADUN Kadamaian sokong sambutan Hari Sukan Negara di IPD Kota Belud

10 Oktober 2024


KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian terus menyokong dan memeriahkan acara sukan yang dianjurkan oleh pihak polis.


Sempena sambutan Hari Sukan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Somuil yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berbentuk hadiah hamper kepada wakil dari IPD Kota Belud, Cyril Kent.


Inisiatif ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat dengan pihak berkuasa, selain menyokong gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Comments


bottom of page