Pusat Khidmat Adun Kadamaian terima sumbangan dari Syarikat Kim Teck Cheong dan individu dermawan
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_27a1afe187a34d7e8d9ffe70d751e3f4~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_27a1afe187a34d7e8d9ffe70d751e3f4~mv2.jpg)
23 Julai 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Pusat Khidmat Adun Kadamaian terus menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat dan individu dermawan untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan Kadamaian.
Hari ini tiga penyumbang iaitu Syarikat Kim Teck Cheong dan dua dermawan Mr Vitalis dan Mr Hayden menyampaikan 50 karton susu Dugro, 75 karton meggi dan 100 tray telur.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_0899af22075d4d7fbf6bbfb5f7933e3e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_0899af22075d4d7fbf6bbfb5f7933e3e~mv2.jpg)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick merakamkan ucapan terima kasih kepada semua dermawan yang bermurah hati menyumbang barangan keperluan untuk penduduk Kadamaian.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_51c3addc1a6c4c27b15d2dbf1e67e30b~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_51c3addc1a6c4c27b15d2dbf1e67e30b~mv2.jpg)
“Semua sumbangan itu dikumpul di Pejabat Khidmat Adun Kadamaian sebelum diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan. “Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga yang terkesan ekoran pandemik Covid-19 terutama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya. Kelmarin, Pusat Khidmat Adun Kadamaian menerima 100 kotak makanan daripada Walnut Bakery dan Ecopia untuk disumbangkan kepada penduduk kawasan Kadamaian.
Comments