top of page

Pusat Khidmat ADUN memberi sumbangan takziah

nabalunews


29 Mac 2025


KOTA BELUD: Pengerusi Kelab Kebajikan Kadamaian, yang juga merupakan kakitangan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Shainim Epin, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, untuk menyampaikan sumbangan takziah kepada keluarga Bungin Kambiong di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud.


Dalam majlis tersebut, wakil penerima sumbangan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kiau Nuluh, Rayner Yukun.


Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang sedang berduka akibat kehilangan Ahli keluarga.


Shainim Epin menyatakan bahawa sumbangan ini adalah sebagai tanda simpati dan sokongan daripada Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian kepada keluarga yang terlibat.


Beliau juga berharap agar keluarga tersebut diberikan kekuatan untuk menghadapi saat-saat sukar ini.


Rayner Yukun, sebagai wakil kampung, turut merakamkan penghargaan kepada pihak Pusat Khidmat ADUN N11 atas keprihatinan yang ditunjukkan.


Beliau berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page