top of page

Pusat Khidmat DUN Kadamaian terus santuni rakyat

nabalunews

5 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: “Terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick atas sumbangan peralatan keperluan beribadah untuk Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Kampung Gendukut”


Demikian penghargaan disampaikan oleh Kuliot Kelo, wakil gereja SIB yang menerima peralatan kerusi dan meja panjang untuk kegunaan gereja.


Kuliot berkata, pihak gereja amat berbesar hati dengan sumbangan peralatan yang diberikan pejabat Pusat Khidmat DUN Kadamaian.


Katanya, ia akan digunakan sebaiknya untuk kegunaan keperluan beribadah oleh Kelompok Sel Daud iaitu sebuah komuniti yang bernaung di bawah Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Gendukut, Kota Belud.


“Penyerahan ini bertujuan untuk meringankan beban bagi kelancaran aktiviti keagamaan gereja kami,” katanya ketika ditemui, semalam.


Sementara itu, sumbangan disampaikan kakitangan Pusat Khidmat DUN Kadamaian, Adlan Kuluput, mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page