top of page
nabalunews

Pusat Khidmat Parlimen Penampang sampaikan sumbangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, Gereja SIB Api-Api


Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang Sasha John menyampaikan sumbangan bagi pihak Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick kepada wakil PPD Penampang, Arvina Fridrict.

3 September 2024


PENAMPANG: Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang menyampaikan sumbangan sebagai sokongan untuk penganjuran Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang bagi Tahun 2023 dan Majlis Persaraan Pejabat Pendidikan Daerah Penampang Tahun 2024 serta

sumbangan bagi acara Pendanaan Pelayanan Wanita SIB Kawasan Api-Api.


Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang Sasha John menyampaikan sumbangan bagi pihak Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick kepada wakil PPD Penampang, Arvina Fridrict.


Sumbangan ini diharapkan dapat memeriahkan lagi majlis yang bakal diadakan serta memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang dalam bidang pendidikan di daerah Penampang.


Selain itu, sumbangan ini juga adalah komitmen Ewon dalam menyokong pembangunan pendidikan di kawasan Penampang.

Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang, Jennifer Toyou menyampaikan sumbangan kepada Suehim Yunin, wakil Pelayanan Wanita Sidang Injil Borneo (SIB) bagi Kawasan Bersekutu Api-Api, Kota Kinabalu

Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang turut menyampaikan sumbangan kepada Suehim Yunin sebagai wakil Pelayanan Wanita Sidang Injil Borneo (SIB) bagi Kawasan Bersekutu Api-Api, Kota Kinabalu.


Sumbangan ini adalah untuk membantu membiayai pembelian meja makan malam sempena acara Pendanaan Pelayanan Wanita SIB Kawasan Api-Api yang akan diadakan di Restoran Seafood Gayang, Tuaran pada 28 September ini.


Program berkenaan adalah bagi mengumpul dana untuk menyokong pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pelayanan Wanita SIB.


Sumbangan diserahkan oleh Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang, Jennifer Toyou.


Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan Ewon untuk menyokong komuniti dan organisasi tempatan dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

コメント


bottom of page