top of page
nabalunews

Pusat Khidmat Parlimen Penampang Teruskan Inisiatif Murni Sokong Pembangunan Komuniti




20 November 2024


PENAMPANG : Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang sekali lagi meneruskan inisiatif murni untuk menyokong pembangunan komuniti setempat melalui penyampaian bantuan untuk pelbagai aktiviti.


Pada Isnin 18 Oktober lalu, tiga individu telah menerima sumbangan bagi menyokong penyertaan mereka dalam kejohanan sukan peringkat negeri dan kebangsaan bagi sukan tinju dan ragbi serta penyertaan dalam karnival kebangsaan akademi bolasepak di Semenanjung Malaysia.


Sumbangan daripada Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick disampaikan kepada Fredonell Imanueal Freddy bagi membantu membiayai perbelanjaannya yang terpilih sebagai peserta ke Karnival Kebangsaan

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Akademi Tunas bawah 12 tahun di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang pada 19 hingga 28 November ini.


Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang, Sasha J. Kidi yang mewakili Ewon.


Sasha turut mewakili Ewon menyampaikan sumbangan kepada Glen Elvin Apesong selaku pengasas dan Ketua Jurulatih Rising Star Boxing Club untuk menyertai Kejohanan Tinju Piala Kebangsaan Lelaki dan Wanita Elit Junior dan Bakat Kebangsaan pada 24 hingga 30 November ini di Dewan MAKSAK Kota Kinabalu, Sabah.


Sasha kemudiannya mewakili Ewon untuk menyampaikan sumbangan kepada

Patrick Payne Tudus JR selaku Pengurus Pangazou Rugby Club untuk menyertai Kejohanan Rugbi Keningau 10'S 2024.


Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat, khususnya golongan muda, untuk menyerlahkan potensi mereka dalam bidang sukan masing-masing.


Sumbangan yang disampaikan bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan tetapi juga memberikan motivasi kepada penerima untuk terus cemerlang dalam usaha mereka untuk melangkah lebih jauh bagi mencapai kecemerlangan sukan.


Sokongan Pusat Khidmat P. 174 Parlimen Penampang ini penting untuk membentuk masyarakat yang lebih progresif, aktif dan berdaya saing.

Comments


bottom of page