top of page
  • nabalunews

Pusat Khidmat Parlimen Penampang ziarahi dan bantu golongan memerlukan di Kampung Bahang

4 Oktober 2024


PENAMPANG: Seorang penduduk Kampung Bahang yang mengalami kecederaan di kaki diziarahi Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang dan dibantu menerusi sumbangan Sentuhan Kasih daripada Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.


Program ziarah dan penyampaian sumbangan Sentuhan Kasih daripada Ewon kepada warga tua, ibu tunggal dan mereka yang terlantar sakit di Kampung Bahang adalah sebahagian daripada usaha berterusan Ewon untuk meringankan beban masyarakat setempat, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.


Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan beliau sebagai wakil rakyat, tetapi juga komitmen untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam komuniti di Penampang.


Bagi menyampaikan sumbangan itu, Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang, Bryan Matasing, bersama kakitangannya, Charles Liew, telah mengadakan lawatan ke Kampung Bahang bersama rombongan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan yang diketuai oleh Lu Yen Tung.


Mereka diiringi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahang, semalam.


Selain untuk menyampaikan sumbangan 'Sentuhan Kasih' daripada Ewon kepada golongan warga emas, ibu tunggal, dan pesakit di Kampung Nosoob Baru, Bryan dan rombongan turut meluangkan masa bertanya khabar kepada keluarga yang diziarahi.


Sumbangan ini adalah antara inisiatif

Pusat Khidmat Parlimen P.174 Penampang untuk memastikan kebajikan golongan memerlukan di kalangan

komuniti di Penampang, sentiasa mendapat perhatian dan dibantu.

Comments


bottom of page