top of page

PUTERA C juara dalam Kejohanan Terbuka Sepak Takraw Piala Mayor KK 2025

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read


22 April 2025


KOTA KINABALU: Seramai 18 regu dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Kejohanan Terbuka Sepak Takraw Piala Mayor Bandaraya Kota Kinabalu 2025 baru-baru ini.


Kejohanan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, dan berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 April di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.


Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK Karim Haji Rahim, yang hadir mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.


Menurut Mayor DBKK, kejohanan ini mencerminkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat dan membuktikan bahawa minat terhadap sukan tradisional seperti sepak takraw masih kukuh dan terus berkembang, terutamanya dalam kalangan generasi muda.


Tambah beliau, Sukan seperti sepak takraw merupakan medium perpaduan yang sangat berkesan, ia bukan sekadar permainan di gelanggang, tetapi turut memainkan peranan besar dalam menghubungkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.


Kejohanan menyaksikan lebih 150 pemain mengambil bahagian, dengan regu PUTERA C muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Tempat kedua dimenangi oleh regu WIRA yang membawa pulang RM2,000.


Sementara itu, tempat ketiga bersama disandang oleh Century dan Politeknik, masing-masing menerima RM1,000.


DBKK dalam kenyataannya turut menegaskan komitmen berterusan dalam mendukung pembangunan sukan komuniti sebagai sebahagian daripada usaha membina bandar raya yang sihat dan sejahtera.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page