PWSIBN Kampung Nahaba Terima Sumbangan Peralatan Dapur daripada ADUN Kadamaian

6 Mac 2025
KOTA BELUD: Pelayanan Wanita Sidang Injil Borneo Nahaba (PWSIBN) Kampung Nahaba menerima sumbangan peralatan dapur daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, kepada wakil penerima, Rusmen Lambang.
Rusmen, yang juga Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) Cawangan Kampung Nahaba, menyatakan bahawa sumbangan ini amat bermakna untuk PWSIBN.
Beliau menjelaskan bahawa peralatan dapur tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam setiap program yang dianjurkan oleh PWSIBN.
"Kami berterima kasih kepada Ewon atas keprihatinannya terhadap keperluan komuniti, khususnya golongan wanita dalam menggerakkan aktiviti keagamaan dan sosial di kampung ini," kata Rusmen.
Dalam pada itu, pihak PWSIBN turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Wanita UPKO Bahagian Kota Belud, Datin Saniah Tuak, yang telah memberikan sokongan kepada permohonan mereka untuk mendapatkan sumbangan ini.
Clarence dalam kenyataan beliau, tindakan ini seiring dengan usaha ADUN Kadamaian untuk terus menyokong inisiatif pembangunan masyarakat, khususnya dalam aspek keagamaan dan sosial.
Comments