top of page

QR Code Aduan Masyarakat, bantu bongkar kegiatan pelacuran

nabalunews

4 Mac 2025


KOTA KINABALU: Penerimaan maklumat menerusi QR Code Aduan Masyarakat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar kegiatan pelacuran di ibu negeri ini.


Hasil maklumat berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Kontinjen Sabah, berjaya menahan dua wanita di sebuah hotel, kira-kira jam 7 malam, 25 Februari lalu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan polis hari ini berkata, aktiviti persundalan berkenaan membabitkan dua wanita warga asing berusia 32 dan 37 tahun.

Katanya, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi merampas 14 keping kondom dan dua daripadanya telah digunakan.


“Turut dirampas tiga keping pembungkus kondom, dua botol minyak pelincir, dua beg dan wang tunai RM1,501.


"Siasatan lanjut mendapati aktiviti persundalan ini mencari pelanggan melalui laman sesawang dengan bayaran sebanyak RM150 hingga RM300," katanya.


Menurutnya, kedua-dua suspek wanita itu ditahan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakkan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya,”katanya.


Sehubungan itu katanya, polis amat mengharapkan kerjasama daripada orang ramai dalam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah khususnya menggunakan QR Code Aduan Masyarakat," katanya.


Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page