top of page

Raikan Keberanian, Pengorbanan, Peranan Wanita - PM Anwar

nabalunews

8 Mac 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hari Wanita yang disambut hari ini adalah bagi meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.


Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut menyifatkan ibunya Allahyarham Che Yan Hamid Hussein dan isteri tercintanya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai sumber kekuatan dalam menuntut keadilan serta meneruskan perjuangan demi rakyat.


Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi sekeping gambar beliau serta Wan Azizah bersama Allahyarham Che Yan Hamid Hussein.


“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” katanya yang turut mengucapkan ucapan Selamat Hari Wanita.- BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page