top of page

Rakyat Sabah berdaftar e-Kasih tak perlu risau, tetap dapat RM300 program Syukur

nabalunews

3 Mac 2025


KOTA KINABALU: Rakyat Sabah yang berdaftar dalam e-Kasih tidak perlu bimbang kerana bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) bernilai RM300 sebulan akan tetap disalurkan kepada penerima.


Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, terdapat 87,000 yang mendaftar dengan e-Kasih tetap akan mendapat bantuan Syukur ini.


"Difahamkan, setakat ini ada 55,000 penerima yang ada akaun e-Kasih akan menerima bantuan RM300 sejak pertengahan bulan lalu hingga Mac ini.


"Jadi, bagi mereka yang ada akaun bank, akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Tetapi yang tiada akaun, mungkin wakil rakyat di kawasan akan agihkan kepada mereka.


"Jadi yang sudah berdaftar dalam e-Kasih iaitu seramai 87,000 memang tetap akan dapat. Jangan risau, yang mana sudah berdaftar dan ada e-Kasih itu jangan risau," jelasnya kepada pemberita selepas menghadiri sidang akhbar Jelajah Iftar 2025 UPPM bersama Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) di sini pada Isnin.


Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan susulan makluman orang awam bahawa masih ramai yang belum menerima bantuan Syukur selepas dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 19 Februari lalu.


Menurutnya, bagi yang baru mendaftar ia akan disalurkan secara berperingkat mengikut fasa kerana perlu melalui beberapa proses


"Tapi yang baru mendaftar, sabar dulu sebab baru mendaftar dan masih dalam proses. Bajet untuk tahun ini untuk 100,000 penerima, yang sudah berdaftar setakat ini lebih 80,000 jadi bakinya mungkin yang baru mendaftar inilah," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page