top of page

Rampasan Rokok Seludup

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read


25 April 2025


TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas ratusan kotak rokok yang dipercayai cuba diseludup masuk dalam operasi di Jalan Bulatan Besar Kalabakan, di sini, Rabu lalu.


Dalam operasi Op Taring Alpha 1 jam 10.30 pagi itu, sebanyak 170,000 batang rokok jenama ‘Premium International’ bernilai RM252,450 berjaya dirampas.


Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, pasukan operasi berjaya menahan sebuah kereta Toyota Hilux yang dinaiki dua individu.



Katanya, kedua-dua individu warga tempatan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan untuk tindakan selanjutnya.


“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui 170,000 batang rokok jenama ‘Premium International’ ditemui di dalam kenderaan berkenaan.


“Pasukan operasi terus menyita kenderaan suspek dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM312,450 berdasarkan harga pasaran semasa.


Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1958.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page