top of page
Wartawan Nabalu News

RB Kadamaian Mix juara kejohanan bola sepak UPKO, Exco Pemuda salur RM10 ribu bantu mangsa banjir

JUARA … Ewon bergambar bersama Pasukan RB Kadamaian Mix.

7 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pasukan RB Kadamaian Mix dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak Piala Juara Zon-Zon UPKO selepas menewaskan pasukan SEYC FC 3-0 pada perlawanan akhir, di Padang B Kompleks Sukan Penampang, di sini, hari ini.


Dengan kemenangan itu Pasukan RB Kadamaian mewakili Zon A (Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat) menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala dan medal.


Manakala tempat kedua dimenangi pasukan SYEC mewakili Zon H (Beluran, Kinabatangan dan Libaran) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, piala dan medal.


Tempat ketiga dan keempat dimenangi Pasukan Semaring FC (RM2,000) dan Sinarut FC (RM1,000), berserta piala dan medal.

Majlis penutupan kejohanan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata kejohanan seumpama itu akan diteruskan bagi menonjolkan bakat kesukanan serta memupuk perpaduan melalui sukan.


Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Exco Pemuda UPKO atas sumbangan RM10,000 bagi membantu mangsa banjir di Penampang.

“Saya menghargai sumbangan Exco Pemuda UPKO yang diketuai oleh Felix Saang atas sumbangan RM10,000 kepada Pergerakan Pemuda UPKO Penampang diketuai Billy Joe Dominic bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir di Penampang termasuk mengadakan gotong-royong yang berkaitan,” katanya.


Hadir sama, Setiausaha Agung UPKO, Senator Datuk Nelson Angang, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Pemuda UPKO.


Comments


bottom of page