top of page

Remaja ditemui lemas 700 meter dari lokasi hilang.

nabalunews

13 Februari 2025


TUARAN: Seorang remaja lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Pantai Shahbandar, di sini, semalam, ditemui lemas, awal pagi tadi.


Mangsa, Mohd Nabil Abdullah, 15, berjaya ditemui kira-kira 700 meter dari lokasi dilaporkan hilang oleh pasukan bomba dan ahli keluarganya, pada jam 5.50 pagi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, mangsa ditemukan pada jarak 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan mandi di pantai berkenaan bersama keluarganya.


Bagaimanapun, mangsa disedari hilang dan laporan terus dibuat oleh ahli keluarga untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa.


Usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan namun gagal ditemui sebelum operasi disambung semula pagi tadi.

تعليقات


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page