top of page

Remaja ditemui tergantung di tiang besi

nabalunews


18 Mac 2025


MEMBAKUT: Seorang remaja lelaki ditemui tergantung di tiang besi di dalam bilik sebuah gelanggang futsal, di sini, malam tadi.


Remaja berusia 17 tahun itu ditemui bapanya, kira-kira jam 9.30 malam ketika mencari anaknya yang belum pulang ke rumah.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, berdasarkan kenyataan bapa mangsa, anaknya disedari tidak berada di rumah selama dua jam selepas keluar bersama keluarga yang lain untuk pergi sembahyang di gereja berhampiran.


Katanya, keluarga mangsa terus mencari remaja terbabit sebelum ditemui tergantung di bilik pejabat yang berkunci di gelanggang futsal milik mereka.


“Mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali nilon di tiang besi salah satu peralatan dalam bilik berkenaan.


“Remaja terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unusur jenayah dikesan di lokasi kejadian.


Katanya, pihaknya percaya kejadian lebih berunsurkan kepada kes bunuh diri.


"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), bagaimanapun bedah siasat lanjut akan dijalankan oleh doktor pakar forensik bagi membantu siasatan," katanya.


Sehubungan itu, Wong berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan masyarakat juga diminta supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang akan menggangu siasatan pihak polis.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page