top of page

Remaja lemas di Sungai Kaiduan

nabalunews

30 Mac 2025


PAPAR: Seorang remaja maut selepas dilaporkan lemas ketika mandi sungai bersama dua lagi rakannya dalam kejadian di Kaiduan, di sini, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, dua lagi rakan mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan diri.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4 petang.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Menurut pengadu, terdapat tiga orang mangsa dilaporkan melakukan aktiviti mandi-manda, di mana seorang mangsa dikhuatiri lemas.


“Dua lagi mangsa dilaporkan selamat dan dihantar ke hospital menggunakan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kereta keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa ketiga ditemui orang awal kira-kira 20 minit sebelum ketibaan pasukan bomba.


Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.20 petang” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page