top of page

Remaja perempuan maut jatuh bangunan

nabalunews


16 Februari 2025


KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di bangunan Residence Condominium di Inanam, di sini, pagi tadi.


Mangsa yang dikenalpasti berusia belasan tahun dikatakan mengalami masalah kemurungan berikutan kematian bapa kandungnya tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam 6.30 pagi.



Katanya, sebelum kejadian, seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di perumahan berkenaan mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat.


“Bunyi berkenaan dipercayai jatuhan sesuatu dari tempat tinggi yang terkena sebuah kereta di kawasan parkir perumahan berkenaan.


“Sebaik melakukan pemeriksaan, pengawal keselamatan terbabit menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kasim berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Dr. Fatin Nadzirah Awang Damit daripada Hospital Queen Elizabeth ll (HQEII) yang hadir membantu di lokasi.


Sementara itu, Kasim berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa tinggal bersama keluarga angkat sejak ayahnya meninggal dunia pada Mei tahun lalu.


Katanya, penjaga turut menyatakan kebelakangan ini simati menunjukkan tanda-tanda kemurungan disebabkan kematian ayahnya.


“Semasa kejadian penjaga simati menyedari simati mengurung dirinya dalam bilik. Malah selepas berjaya membuka pintu bilik, penjaga turut menemui kesan darah dan sebilah pisau di atas lantai bilik mangsa,” katanya.

Komentarze


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page