top of page
nabalunews

Remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 29 Disember telah kembali ke pangkuan keluarga



31 December 2024


KENINGAU: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang pada 29 Disember 2024 jam lebih kurang 2.00 petang yang tular di media sosial telah kembali ke pangkuan keluarganya jam lebih kurang 11.00 malam pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai ketika dihubungi berkata, remaja perempuan berkenaan balik sendiri ke rumah keluarganya.


Katanya, polis  difahamkan remaja perempuan andyang dikenali Angellinney Vionney Hardy pergi ke rumah teman lelakinya.


"Pihak PDRM Keningau amat berterima kasih kepada pihak media serta orang ramai kerana membantu menyebarkan berita berkaitan remaja tersebut sehingga berjaya kembali semula kepada ahli keluarganya.


Yampil berkata, pada pagi Isnin (30 Disember) pihak polis menerima laporan mengatakan ada seorang anak perempuan berumur 15 tahun rakyat tempatan telah keluar rumah pada 29 Disember jam lebih kurang 2.00 petang dan tidak balik serta tidak dapat dihubungi.



Comentarios


bottom of page