top of page
Wartawan Nabalu News

Rentas zon bermula 1 Oktober jika capai 60 peratus vaksinasi lengkap - Masidi



28 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah bersetuju untuk beralih kepada Rentas Zon bermula 1 Oktober ini apabila semua daerah mencapai 60 peratus vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 berkata, peralihan tersebut merupakan peralihan berkala daripada sekatan Rentas Daerah kepada Rentas Zon.


“Sabah akan beralih ke Sistem Zon iaitu Rentas Zon setelah 60 peratus penduduk dewasa mencapai vaksinasi lengkap dan setiap daerah dalam setiap zon juga telah mencapai nilai ambang 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksin.


“Mana-mana daerah dalam zon yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi akan terasing dengan sendirinya daripada zon sehingga mereka mencapai nilai ambang tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut Masidi, daerah yang belum mencapai nilai nilai ambang 60 peratus kadar vaksinasi lengkap akan kekal dengan status 'stand alone district'.

Comentários


bottom of page