top of page
  • nabalunews

Reunion veteran pengakap dan pandu puteri menggamit memori

22 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Kira-kira 60 veteran atau bekas ahli pengakap dan pandu puteri di Sandakan menghadiri perjumpaan semula (reunion) di sebuah restoran makanan laut terkemuka di bandar ini baru-baru ini.


Antara yang hadir termasuk mereka yang aktif sebagai ahli pengakap dan pandu puteri pada tahun 1970 hingga 1990an serta mereka yang telah berkhidmat antara 50 hingga 60 tahun.


Satu upacara menyalakan unggun api secara sederhana juga diadakan selain hadirin turut menyemak semula aku janji persetiaan pengakap dan pandu puteri sebelum makan malam itu bermula.


Perjumpaan pada tahun ini juga merupakan kali kedua diadakan selepas perjumpaan semula kali pertama pada September 2016, berikutan banyak cabaran serta halangan, antaranya perintah kawalan pergerakan semasa pandemik Covid-19 dan beberapa komitmen ahli masing-masing.


Istimewa pertemuan kali ini, dengan usaha Pengerusi Penganjur, Chan Hock Wing dan ahli jawatankuasanya, mereka berjaya menghimpunkan pengembara yang jauh seperti dari Los Angeles, Hong Kong selain dari Kota Kinabalu, Semenanjung Malaysia dan negara lain dengan bantuan media sosial dan internet.


Pameran mini seperti lencana, medal dan cenderamata yang dikumpulkan sejak beberapa tahun lalu juga turut dipamerkan termasuk yang sudah berusia 60 tahun untuk tatapan generasi muda masa kini.


Manakala sesi perkongsian mengenai pengalaman suka dan duka semasa menyertai kedua-kedua persatuan pengakap dan pandu puteri itu juga menggamit memori sesama hadirin.

Comments


bottom of page