Richard Malanjum dilantik Ombudsperson Majlis Keselamatan PBB

1 Mac 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PETALING JAYA: Tun Richard Malanjum, bekas Ketua Hakim Negara berasal dari Sabah dilantik sebagai Ombudsman Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 28 Januari 2022.
Sebelum ini, jawatan itu disandang oleh Kimberly Prost (2010 hingga 2015), Catherine Marchi-Uhel (2015 hingga 2017) dan Daniel Kipfer Fasciati (2018 hingga 2021), menurut laporan FMT.
Malanjum berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kesembilan pada tahun 2018 hingga 2019, sebelum itu berkhidmat sebagai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak pada tahun 2006 hingga 2018.
Beliau menyertai perkhidmatan kehakiman pada tahun 1992 dan memegang pelbagai jawatan kehakiman, termasuk sebagai pesuruhjaya kehakiman, hakim di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, seorang hakim di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan serta timbalan pendakwa raya dan peguam negeri.
Sementara itu, beberapa pemimpin termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian yang juga Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Richard atas pelantikan itu.
Comments