top of page
nabalunews

RM1.1 trilion pelaburan diluluskan dalam tiga sektor utama dari 2020 hingga 2023




17 Disember 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata kerajaan telah meluluskan sejumlah RM1.1 trilion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama dalam tempoh 2020 hingga 2023 yang melibatkan 18,945 projek dan dijangka mewujudkan 487,648 peluang pekerjaan baharu.


Beliau berkata, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, pelaburan asing menyumbang RM624.6 bilion atau 58.1 peratus manakala pelaburan domestik sebanyak RM449.5 bilion (41.9 peratus).


"Lima negeri utama yang berjaya menarik pelaburan tertinggi dalam tempoh 2020 hingga 2023 adalah Pulau Pinang sebanyak RM187.8 bilion atau 17.5 peratus; Selangor (RM183.7 bilion atau 17.1 peratus); Kuala Lumpur (RM138.1 bilion atau 12.9 peratus); Johor (RM137.9 bilion atau 12.8 peratus) dan Kedah (RM115.2 bilion atau 10.7 peratus).


"Jumlah ini adalah 71 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tempoh tersebut," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin, lapor Bernama.


Liew menjawab soalan Senator Manolan Mohamad berkenaan jumlah pelaburan asing langsung (FDI) dan pelaburan domestik langsung (DDI) dari 2020 hingga 2023 dengan menyenaraikan pelaburan di setiap negeri.

Comments


bottom of page