top of page

RM10.2 juta rebat kepada pengguna Sabah Electricity

nabalunews

2 Februari 2025


KOTA KINABALU: Sabah Electricity mengumumkan pemberian rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tahun ini.


Pemberian rebat itu akan dikreditkan terus ke akaun bil elektrik pengguna secara berperingkat bermula bermula Januari lalu.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, setiap pengguna bakal menerima rebat sehingga 2.5 peratus daripada jumlah deposit atau bayaran cagaran elektrik masing-masing.


Katanya, rebat berkenaan diberikan kepada pengguna mengikut Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 2024, Peraturan (5) (1), Enakmen Bekalan Elektrik 2024.


“Peraturan itu menyatakan pihak Sabah Electricity dikehendaki membuat pembayaran faedah 2.5 peratus ke atas deposit tunai pada Januari setiap tahun,


“Wang cagaran itu dikira berdasarkan jumlah bil elektrik dalam tempoh dua bulan mengikut purata enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Mohd Yaakob berkata, penambahan wang cagaran akan dikenakan sekiranya berlaku peningkatan bil elektrik berbanding wang cagaran sedia ada.


Bagaimanapun katanya, sekiranya purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna melalui rebat bil elektrik mereka,” katanya.


Sehubungan itu Mohd Yaakob berkata, pengguna Sabah Electricity boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai pemberian rebat itu dengan mengunjungi cawangan Sabah Electricity yang berdekatan atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan 15444 atau 088-515000.


Katanya, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Sabah Electricity melalui telefon pintar untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan Sabah Electricity.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page