top of page
nabalunews

RM160 juta disalurkan untuk Program BUDI, penjimatan subsidi diesel capai RM600 juta sebulan



5 November 2024


KUALA LUMPUR: Program Bantuan Untuk Individu (BUDI) terus memperlihatkan impak positif apabila lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 65,000 penerima BUDI Agri-Komoditi diluluskan setakat 31 Oktober lalu.


Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan inisiatif ini melibatkan pembayaran berjumlah RM160 juta dalam tempoh lima bulan sejak bermula pada Jun tahun ini.


Amir Hamzah turut menjelaskan bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel telah menunjukkan kesan ketara, dengan penurunan penggunaan sebanyak 25 peratus atau hampir 7 juta liter sehari, di samping peningkatan jualan diesel komersial sebanyak 50 peratus atau 4 juta liter sehari.


“Berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan,” katanya.


Beliau juga memaklumkan bahawa inflasi kekal terkawal dengan penurunan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) pada tahun ini, iaitu 2 peratus pada Julai, 1.9 peratus pada Ogos, dan 1.8 peratus pada September.


Amir Hamzah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil Sri Gading dalam sesi Dewan Rakyat di sini.

Kommentare


bottom of page