RM5 Juta Peruntukan Sambutan Pesta Kaamatan 2025

28 Mac 2025
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, peruntukan tersebut adalah untuk membiayai keseluruhan program dan aktiviti sempena Pesta Kaamatan.
Katanya, sambutan perayaan akan diadakan sepanjang bulan Mei depan melibatkan peringkat negeri dan daerah di seluruh Sabah.
“Daerah Tambunan bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan 2025,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.
Selain itu, katanya, program Buvazoi Tavantang Kaamatan kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada program pesta tersebut dengan beberapa penambahbaikan konsep dan aktiviti.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka akan menyempurnakan Majlis Penutupan Pesta Kaamatan yang bakal berlangsung pada 31 Mei depan.
Comentarios