top of page
nabalunews

RM7.4 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan permotoran tahun ini

4 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan RM7.4 juta bagi memajukan sukan permotoran di seluruh negara dalam usaha mengembangkan bakat tempatan serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sukan tersebut.


Peruntukan ini merangkumi pelbagai aspek seperti Dana Sukan Komuniti, Geran Padanan Sukan, dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.


“Peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan program-program pemerkasaan, termasuk penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan seperti minibike dan pushbike, serta latihan kemahiran asas dalam sukan go-kart, rally, drift, cub prix, pocket bike, dan motocross,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.


Selain itu, Adam Adli menyatakan kementeriannya juga menjalankan Bengkel Pemurnian Modul Disiplin Sukan Enduro, Kursus Marshal, dan Kursus Pemanduan Selamat sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan sukan permotoran.


Setakat ini, RM400,000 telah disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri Perlis bagi menaik taraf Litar Motorcross di Sungai Batu Pahat.

Comentários


bottom of page