top of page
nabalunews

RM9.7 juta peruntukan tambahan diluluskan untuk penyelenggaraan lampu jalan di Sabah



25 November 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata sebanyak RM9.7 juta peruntukan tambahan telah diluluskan Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk memastikan penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat di negeri itu dilaksanakan dengan lebih berkesan.


Ahmad menjelaskan peruntukan itu dilaksanakan secara berfasa, dengan RM7 juta diperuntukkan bagi fasa pertama. Tambahan RM2.7 juta pula telah diluluskan pada Ogos lalu untuk melengkapkan fasa kedua.


"Melalui peruntukan ini, banyak lampu jalan telah dibaiki, dan masalah jalan gelap di kawasan berisiko telah diambil tindakan. Penyenggaraan dan penambahbaikan lampu-lampu jalan ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan peruntukan kerajaan," katanya semasa ucapan di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Berita RTM.


Ahmad turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus memohon peruntukan tambahan apabila diperlukan demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Sabah.

Comments


bottom of page