Robert beri sumbangan kewangan kepada Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau
9 January 2025
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan kewangan kepada Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau.
Sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu adalah untuk menampung perbelanjaan Majlis Malam Apresiasi sekolah itu bagi tahun 2025.
Andrey Asang yang mewakili Pengetua Saint Francis Xavier Keningau menerima sumbangan kewangan itu daripada Robert.
Bagi pihak sekolah itu Andrey mengucapkan terima kasih kepada Robert atas keprihatinan menghulurkan sumbangan tersebut.
Katanya, sumbangan tersebut amat bermakna sekali kepada warga Sekolah yang mana sudah tentu dapat meringankan bebanan Sekolah dalam menjayakan majlis malam apresiasi sekolah.
Comentarios