top of page
nabalunews

Rogol anak tiri, lelaki warga asing dipenjara 45 tahun, 30 sebatan




11 Disember 2024


SANDAKAN: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman penjara 45 tahun dan 30 sebatan ke atas seorang lelaki warga asing atas tiga pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun.


Hakim, Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada Julai 2024 sebanyak dua kali dan pada Oktober 2024 di bilik mangsa di sebuah ladang di Paitan.


Semasa kejadian, tertuduh berpura-pura mahu memeriksa adik mangsa yang sedang tidur dalam kejadian pada Julai 2024 yang masing-masing berlaku jam 4.00 pagi dan 5.00 pagi.


Bagi dua kesalahan itu, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap kesalahan.


Dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.


Manakala bagi kesalahan ketiga yang dilakukan pada Oktober 2024, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman ini secara berasingan dengan dua kes terdahulu.


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman itu.


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Al-Hakim Abdul Razak.

Comentários


bottom of page