top of page

RUMAH BINA BAHARU PPRT KG.BARU TAMU DARAT SIAP SEPENUHNYA

Wartawan Nabalu News


12 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Keluarga Rehuel Manjalu gembira kerana mereka sekeluarga kini mendiami rumah yang lebih selesa hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Rehuel dan isteri serta empat orang anaknya berpindah ke rumah baru mereka di Kampung Baru Tamu Darat sejak tiga bulan lalu.


Ewon (kanan) menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada Rehuel dan isteri.

“Terima kasih kepada Datuk Ewon kerana membantu keluarga saya mempermudahkan dan meluluskan permohonan rumah bina baharu PPRT yang sememangnya sudah lama kami mohon,” katanya.


Ewon meluangkan masa melawat rumah PPRT milik keluarga Rehuel kelmarin sebelum meninjau persiapan Majlis Penghargaan mantan Ketua-Ketua Adat, -Ketua Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi MPKK kawasan Kadamaian di Dewan Kadamaian Square.



“Mereka adalah antara keluarga yang kita bantu dapatkan rumah bina baharu pada tahun lepas. Mereka sudah menetap di rumah ini sejak tiga bulan lepas,” kata Ewon.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page