Rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Pulau Sebatik

21 Februari 2025
TAWAU: Sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Menurut Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pulau Sebatik, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 2:43 pagi sebelum bergegas ke lokasi, kira-kira 1 kilometer dari balai.
Komander operasi, Hamdan Sarapudin, melaporkan bahawa rumah berkeluasan 40x50 kaki terbakar sepenuhnya.
Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air dari tangki rumah.
Kebakaran berjaya dikawal pada 3:53 pagi, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4:22 pagi setelah memastikan tiada lagi ancaman bahaya.
Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Commentaires