top of page
  • nabalunews

Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lahad Datu, kanak-kanak ditemukan rentung

22 Ogos 2024


LAHAD DATU: Sebuah rumah kayu di Kampung Telisai, Tungku, musnah dalam kebakaran malam tadi, mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, memaklumkan bahawa mayat mangsa, Mohd Qalish Abdul Jumain, ditemui oleh pasukan bomba di dalam bilik rumah yang terbakar.


"Panggilan kecemasan diterima pada 9.46 malam, dan pasukan kami yang terdiri daripada 15 anggota bersama jentera segera menuju ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar.


"Operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sokongan Felda Sahabat. Selain rumah, tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran ini," katanya.


Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 12.45 tengah malam, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Comments


bottom of page