top of page
  • nabalunews

Rumah pekerja, kedai, stor musnah terbakar

4 Oktober 2024


KENINGAU: Sebuah kedai makan kosong, rumah pekerja dan stor musnah dalam kebakaran di kawasan bersebelahan sebuah pasaraya di sini, tengahari tadi.


Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.50 tengah hari.


Katanya, sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera pemadam dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 4 kilometer dari balai.


“Ketika tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah sebuah rumah pekerja tidak kekal dan sebuah stor jenis kekal terbakar sepenuhnya.


“Sebuah kedai makan kosong jenis kekal turut terbakar 50 peratus dan operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran tiga pancutan dengan menggunakan sumber air dari jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal jam 1.28 petang dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.


“Operasi ditamatkan jam 2.23 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

תגובות


bottom of page