top of page
nabalunews

Rumah seorang penduduk di Kampung Nahaba, kini sudah 80% siap hasil sumbangan Touch Point dan gotong royong

20 Disember 2024


KOTA BELUD : Pembinaan rumah milik seorang penduduk Kampung Nahaba, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Kota Belud, Dailin Sarabun, kini sudah 80% siap menerusi inisiatif penduduk kampung yang menjayakan program gotong-royong serta sumbangan Touch Point Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Sumbangan bagi tujuan pembinaan rumah Dailin disampaikan oleh Ewon semasa lawatan beliau ke Kadamaian sempena program Tamu Desa Tradisi di Kadamaian pada 28 Oktober lalu.


Bagi meninjau pelaksanaan pembinaan rumah baru Dailin, Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Somuil, yang mewakili Ewon melawat Kampung Nahaba, hari ini.


Beliau turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Deren Liging.

Commentaires


bottom of page