top of page

Sabah benarkan sektor penjawat awam beroperasi penuh mulai hari ini

Wartawan Nabalu News

Gambar Hiasan.

1 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil keputusan untuk membenarkan semua sektor penjawat awam beroperasi penuh mulai hari ini.


Jurucakap Covid-19 Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, mereka yang telah dijangkiti Covid-19 ataupun disahkan kontak rapat berdasarkan status semasa dalam MySejahtera adalah terkecuali.


"Sehubungan itu, bagi membendung penularan virus dalam kalangan penjawat awam semasa bertugas, adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.


"Dengan keputusan itu, 90 peratus penjawat awam akan mula beroperasi seperti biasa," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, Sabah mencatatkan 2,158 kes Covid-19 pada hari ini, iaitu penurunan sebanyak 16 kes berbanding semalam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page